Memberitau anak.
Tujuan saya menceritakan kisah-kisah poligami ini adalah untukmemberi idea akan apa yang telah saya lalui. Telah bayak kumpulan yangmengaku mewakili perempuan-perenpuan telah dengan lantang-nyamenceritakan keburukan poligami; macam-mana perempuan-perempuanteraniaya oleh poligami. Suaminya jahat – tak berperi kemanusiaan.Gila seks saja – tak pakai otak – tak bertanggung jawab. Yangsedihnya ahli-ahli politik kita juga tumpang semangkuk, nak jadichampion untuk "perempuan-perempuan teraniaya". Yang palingmenyedihkan lagi, mereka-mereka yang mengaku sebagai ahli ugama, atauyang memegang jawatan dalam jabtan-jabatan ugama juga menjadi nasitambah – Atau "loud-speaker" untuk kumpulan yang mewakili wanitatadi.Saya nak tanya, champion wanita ini – isteri ke-dua tu lelaki kah?Tidakkah mereka juga perempuan?Saya rasakan ramai juga "silence majority", termasuklah kaumperempuan, yang tidak begitu bersetuju dengan perjuangan dan ho-hakumpulan ini. Dalam satu kapal terbang, seorang kuat politikmemberitahu saya "Saya dah cakapkan kepada ahli politik yang mengakumenjadi jurucakap kumpulan anti poligami ini, Tak takut kat tuhankah –Cakap apa yang tak ada dalam nas – dan buat undang-undang sendiri –dan tafsirkan hukum Allah mengikut perasaan hati?"Analisis masa depan Saya harapkan kisah-kisah inidan idea-idea dari blog kisahpoligami ini dapat kita sebarkan kepadamasyarakat umum satu hari nanti. Mungkin kita sudah tidak ada lagi didunia ini pada masa itu. Tetapi diharapkan pemikiran kita bolehdianalisis oleh generasi akan datang di Alam Melayu Nusantara.Biarlah mereka meneliti baik buruknya. Tun Sri Lanang menulis SejarahMelayu beberapa ratus tahun yang lalu. Dia menceritakan kisah HangTuah dan rakan-rakan. Sampai hari ini kita masih membincangkansiapakah yang lebih benar di antara Hang Tuah dan Hang Jebat. Dizaman itu, zaman keagongan kesultanan Melayu, sudah semestinya HangJebat lah yang dianggap benar – "pantang anak Melayu menderhaka".Anak adalah hartaBayak ayat Quran yang yang mengumpulkan harta dan anak-anak dalamsatu kumpulan. Dalam surah At-Takaathur (Banyak berlumba) – atauyang biasa kita kenal sebagai Al-Ha "Kamu telah dilalaikan denganperlumbaan – membanyakkan harta benda dan anak-anak. Sehingga kamimasuk kubur".Pada istilah hari ini, Ini mungkin juga bermakna sesorang lelakisangat takut kehilangan anak-anak jika mereka berpoligami. Selaindaripada kehilangan harta. Seorang ahli ugama mengatakan, mengikutundang-undang yang ada di Malaysia. Apabila seseorang lelakiberkahwin beberapa kali, dia akan jatuh miskin.Dua cabaranCabaran utama suami yang berpoligami adalah bagaimana untukmemberitahu isteri pertama yang dia ada madu – Kalau tak bagi tahudia sebelum kawin lagi satu. Masalah saya, isteri pertama saya telahberulang-kali menegaskan "Kalau nak kawin lagi – ceraikan saya dulu"Saya tak nak ceraikan sapa-sapa – saya sayangkan dia. Saya juga sukaperempuan cantik, yang muda dan bergetah, lagi saya suka. Dalam filemmadu-tiga "Senangnya dalam hati, bila beristeri dua, sebagai dunia,ana yang ampunya..."Dalam kes saya, surat layang yang dihantar kepada isteri sayamembantu saya untuk menceritakan kepada isteri saya yang saya dahkawin lagi – Mungkin saya patut bagi hadiah kepada penulis suratlayang itu.Cabaran yang lagi besar, bagi saya adalah bagaimana saya hendakmenceritakan saya kawin lagi kepada anak-anak saya. Enam orang semua-nya, tiga laki-laki, tiga perempuan. Yang paling tua, perempuan dalamlingkungan 26 tahun sedang menuntut dalam jurusan perubatan di UK,dan yang ke-enam berada dalam tingkatan dua (Dalam 14 tahun) –Lelaki.Dalam lima bulan perkahwinan – saya layan isteri pertama saya sugguh-sungguh. Saya tak bermalam langsung dengan isteri ke-dua. Jumpa diasiang hari saja. Masa bulan puasa saya hantarkan isteri ke-dua kerumah ibu-bapa saya untuk berpuasa bersama mereka kerana saya inginmenjaga hati isteri pertama. Isteri pertama saya dah beri untimatum,saya atau dia.Memang setiap tahun saya berbuka dengan anak-anak saya. Lepas tuberjemaah bersama mereka. Saya jadi imam sembahyang Maghrib, Isha danTarawikh. Masa tu juga saya ajar mereka mengaji. Telah lebih 20 tahunsaya buat itu. Walaupun tahun ini hanya dua orang anak saya sahajayang masih bersama saya, saya teruskan juga.Pertemuan pertamaHanya dua kali saya balik ke rumah ibu bapa saya di Kelantan masabulan puasa-tu. Satu kali bawa tiga anak lelaki saya. Anak lelakisaya yang tua belajar di Australia. Dia balik bercuti. Yang dua lagitu masih berada bersama saya di KL. Berumur 16 dan 14 tahun.Bila diperkenalkan kepada isteri ke-dua saya di rumah ibu bapa saya,ketiga-tiga anak lelaki saya terkejut. Mereka tanya saya, Mummy dahtahu? Saya katakan dah. Mereka upset – tetapi pada hari berikutnyadari luaran mereka nampak tenang. Anak lelaki sulung saya tanya,adakah tiga adik beradik perempuan mereka dah tahu. Saya katakanbelum. Saya kata dia sebagai anak lelaki sulung saya, perludiberitahu dulu.Saya rasa lebih baik saya cakapkan secara bersemuka. Ke-tiga-tigamereka sedang belajar di luar negara. Anak lelaki saya setuju. Minggudepan dia akan pergi ke UK menemui anak sulung saya. Dia akanmenemani kakak beliau untuk bercuti di Mesir untuk beberapa hari. Diabersetuju untuk memberitahu berita ini kepada kakak dia. Saya katakanjangan bagi tau sehingga dia berdua balik daripada bercuti di Mesir.Anak lelaki saya setuju.Pada kali ke-dua saya ke rumah mak saya pada bulan puasa itu, sayaturut membawa akan perempuan ke-tiga saya. Dia sedang belajar diJakarta, juga dalam bidang kedoktoran. Baru balik bercuti. Apabiladiperkenalkan dengan isteri ke-dua saya, dia meraung sekuat-kuatnyasampai tengah malam. Ibu bapa saya pujuk, dia tak dengar. Saya pujukdia tak dengar. Dia kata dia dah tak kisah belajar. Ibu bapa sayakata kat saya, biarkan saja – diam saja. Saya katakan padanya kalaudia masih belajar, saya akan bantu seperti biasa. Kalau tak nakbelajarpun terpulang kepada dia.Lepas puasa, anak-anak saya balik meneruskan pelajaran masing-masing.Yang di Australia, balik ke Australia. Yang di Jakarta, balik keJakarta.Pada minggu-minggu berikutnya saya menerima dan membalas banyak SMSdaripada anak-anak di Edinburgh UK, Sydney dan Jakarta. Macam-macamsaya kena jawab. Nampaknya seoleh-oleh di bawah kawalan. Saya adaseorang anak perempuan lagi yang sedang menuntut bidang perubatan diUkraine. Ibu mereka, Honey, dan tiga anak-anak besar saya memintasaya tidak memberitahun dia soal ini sehingga dia habis belajar. Sayaikut permintaan mereka.Selepas isteri saya tahu yang tiga anak besar saya dah tahu. Hampirsetiap malam dia bergayut dengan telefon dengan mereka. Terutamanyadengan dua orang anak perempuan; yang di UK dan yang di Jakarta.Lepas sebulan perhubungan telefon yang berterusan di antara ibu dananak, tindakan ke-dua-dua anak perempuan saya semakin keras.Percakapan mereka semakin kasar. Bapa saya menasihati saya supayajangan buat apa-apa – Jangan lawan keras. Kalau tak setuju diam saja –jangan tegur. Wang saku saya hantar setiap bulan ke Jakarta sepertisebelumnya. Yang di UK mendapat biasiswa penuh daripada kerajaan. Diatak perlukan wang saya.Lagu ayahku kawin lagi terngiang-ngiang di telinga saya "Ayahku kawinlagi...anak-anak tak terjaga".
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment