Tuesday, June 3, 2008

Hak dan bathil, betul dan salah.

Hak dan bathil, betul dan salah.

Tiga hari lepas, giliran saya bermalam di apartment isteri keduasaya. Dia tak suka nombor dua di beri kepada dia, oleh itu biar sayanamakan dia Darling. Dalam pukul empat petang saya sampai di gateapartment itu. Saya letak kereta di luar kerana saya bercadang nakbawa Darling saya dan anak perempuan kami Nur Yasmin (Lahir pada 1April 2006) keluar makan.Suami mengamukSebuah kereta, baru nak keluar daripada gate – Pemandu kereta itu,lelaki dalam umur 30an keluar daripada kereta, mengamuk-ngamuk. Matamerah seperti buah naga. Meluru pergi balik di antara tempat jaga danke kereta – Dalam jarak 10 meter sahaja. Melaung denganlantang "Anak sudah empat orang – nak lagi berzina..Depan anakpunnak berzina...Bagi anak bermain di luar tamu...berzina dalam bilik"Dia buka pintu depan kereta sebelah penumpang – tendang, terajang,pukul seorang perempuan dalam lingkungan umur 30an juga. Di tempatduduk belakang kereta saya nampak beberapa orang budak. Yang besar –lelaki dalam tahun tiga atau empat sekolah (Dalam umur 10 tahun).Lelaki terus bertempik macam hilang akal – tetapi perempuan hanyasenyap – tunduk, tutup muka cuba mengelak pukulan dan tendanganlelaki tadi. "Jaga! panggil polis, saya kena gantungpun sayasanggup..." Itu kata-kata terakhir yang saya dengar.Kemudian saya naik ke apartment. Jumpa seorang lelaki dalam umur40an. Dia tanya saya apa yang berlaku. "Saya lihat seorang lelakipukul, tendang terajang seorang perempuan yang berada dalam kereta.Saya nampak beberapa orang budak di bahagian belakang kereta. Lelakiitu memaki hamun dan bagi tau bininya berzina dalam apartment. Didepan anak-anak. Lelakitu tanya "Dia tangkap right handed ke pasangandia?" Saya kata saya tak tahu. Lelak itu kata kejap tadi seluruhapartment bising dan dia dengar orang meraung-raung minta tolong.Dalam 20 meter ke depan, dua orang perempuan tua dalam umur 50an –seorang berjalan pakai tongkat, tanya saya "Apa yang bising sangatdan meraung-raung minta tolong tadi? Saya kata saya tak tau.Hak dan bathilTeringat saya soal hak dan bathil, betul dan salah. Bagi saya hakadalah benda yang saya anggap sebagai universally benar – Telahdibenarkan oleh Pencipta – dan tidak boleh ditidakkan oleh mana-manaundang-undang yang dicipta manusia. Syarat sah nikah telahditentukan – Kalu dah sempurna jadilah perempuan itu isteri kita.Yang pertamakah, kedua, ketiga atau ke-empat. Kita tidak ada hakuntuk mempunyai isteri ke-lima pada satu masa yang sama. Mana-manamanusia, atau undang-undang tidak boleh menidakkan hak ini (Kecualiwali?). Kalu bapa yang menikahkan anak perempuan mereka – denganbersaksikan dua saksi yang sah lebih afdal. Tidak perlu ada tukangnikah? Bathil adalah apa yang disebaliknya. Sebagai contoh, kalauseorang isteri melakukan sex dengan bukan suami beliau – itu bathil.Betul salah; undang-undang yang diterima pakai pada masa itu yangmenentukan. Itupun kalu ditangkap atau menyerah diri kepada mahkamah.Dalam soal poligami saya saya telah didapati tidak betul olehmahkamah. Saya kena bayar denda. Saya tak setuju tetapi saya tetapbayar – kalau tidak masuk jail. Mungkin pada satu masa akan datangakan ada pula undang-undang yang tidak menyalahkan saya akan apa yangsaya telah buat. Di negara barat perkahwinan sejenis itu betul – dandibenarkan.Isteri mengamukDalam tiga bulan lepas saya kawin dua, jabatan saya ada satuperjumpaan di luar stesen – Bukit Tinggi di Malaysia (Dekat KualaLumpur – Dalam 30km – Cuacanya sejuk cukup nyaman). Kumpulan kamidalam 10 orang. Beberapa orang bawa keluarga. Saya diberikan satubilik – Saya bawa Darling bermalam di sana. Bagi saya itu hak saya,dia bini saya.Besuknya hebuh, perempuan mana yang saya bawa bermalam. Ketua jabatanpanggil saya, "Mereka nak tahu perempuan mana yang dibawa bermalamtadi..." Saya terangkan satu persatu, tunjuk surat nikah, gambarpernikahan, kenduri, gambar dengan keluarga perempuan, macam-macamlagi. Ketua jabatan puas hati, kawan-kawan puas hati yang saya bawatu isteri saya. Satu petang semasa di pejabat, dalam satu minggu selepas perjumpaandi Bukit Tinggi, satu menerima distress telefon daripada isteripertama saya. Saya panggil dia Honey. Katanya dia terima surat layangdaripada pegawai se pejabat saya.Malamnya selepas saya balik Honey mengamuk. Dia tanya adakah saya adaisteri lain. Saya kata ya. Katanya dia dapat surat layang yang sangatmenghina dia...Berbulan kemudian saya diberi baca surat layang itu...Surat itu dimulai dengan "Saya ni kesian dengan puan... saya nak bagitau...Haritu En. Mat bawa isteri baru ke Bukit Tinggi... Diaberbangga isterinya masih muda, masih vergin...En. Mat ni playboy...pantang tengok perempuan dahi licin...suka berpoya...berpoya-poyadengan perempuan...dara, janda...kilik perempuan, sana, sini... "Sedih sungguh saya apabila membaca surat layang tu. Di pejabat sayatanyakan kesemua daripada sepuluh orang yang bersama saya di BukitTinggi. Kawan-kawan dan pegawai pejabat. Semua tak mengaku menulissurat itu. Seterusnya saya anounce "Sesiapa yang dapat memberitahusaya, siapa yang menulis surat itu, saya akan bagi ganjaran. Merekakata apa yang nak saya buat apabila saya tahu siapa yang tulis. Sayakatakan saya nak tulis surat layang. Hantar kepada Isteri atau suamibeliau. Saya nak tulis lebih kurang sama dengan apa yang dia tulis.Semua pejabat terkejut. Janganlah En. Mat buat begitu. Kita berhentisini sajalah. Cukup anih, lepastu tidak ada satu surat layangpun.Senyap sunyi. Kalau pin jatuhpun kita boleh dengar.Dalam sebulan kemudian saya jumpa big boss saya. Dia kata, Mat, kawanbaik Mat ada cerita kat saya U kawin lagi. Macam-macam dia cerita.Panjang lebar. Saya tanya "Apa dato' kata..." Saya kata "Apa yang nakjaki ni... Kalau nak U pun kawinlah lagi satu..." Itulah muka sebenarkawan sepejabat dan kawan baik kita.Sekarang baik kepada perkara asal: Hak dan bathil, betul dan salah.Yang hak tetap hak. Tetapkan hati, tanya hati, dan buat apa yang hak.Kita akan jumpa pencipta kita di satu hari nanti. Our borrowed timeis tooo short.

No comments: