Mukaddimah
Biar saya mulakan. Saya umur dalam 50-an dah dekat nak pencen. Sayabekerja di sebuah universiti di Malaysia. Anak saya ada enam (daripadaisteri pertama). Empat belajar di luar negara. Dua lagi masih disekolah menengah. Dalam Tiga tahun lepas saya jumpa seorang perempuanMelayu dalam lingkungan umur 35 tahun. Lepasan universiti England.Pernah kerja dengan MNC. Bertugas di Frachis, US, dan di beberapa negeridi Rantau Asia. Dan baru dua tahun balik bekerja di Malaysia. Dah jemuluar negara katanya. Dah pergi umrah (Katanya untuk berdoa,katanya "Kalau kahwin tu baik untukku, berikanlah aku jodoh"). Lepastubeliau dapat biasiswa kerajaan UK untuk sambung Master di Cambridge UK. Dahmeletakkan jawatan di Malaysia untuk sambung belajar di UK dan katanyaakan menetap di sana dan kalau ada jodoh kawin di sana. Dia tidakbanyak memilih. Saya katakan kalau dia mahu boleh jadi isteri nombordua saya. Tapi saya tak banyak duit. Kami kawin, dia hamil. Dia takmahu pergi ke UK kerana katanya takut akan keselamatan kandungan nya -15 jam flight. Sekarang dia ada anak perempuan umur 10 bulan. Nampaknyaseronok sangat dengan anak dia. Dah mengandung yang ke-dua sekarang -muntah-muntah. Katanya dia nak dua anak. Oleh kerana dia dapat FirstClass semasa belajar di UK dulu dia terus diterima untuk sambung keprogram PhD di sebuah universiti di Malaysia. Jenuh nak pujuk dia untuksambung belajar. Nampaknya dia masih tak percaya untuk tinggalkan anakdia untuk dijaga oleh orang lain. Lain kali akan saya cerita cobaan-cobaan yang saya hadapi selepas beberkahwin dua. InshaAllah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment