Tuesday, June 3, 2008

Memberitau anak

Memberitau anak.

Tujuan saya menceritakan kisah-kisah poligami ini adalah untukmemberi idea akan apa yang telah saya lalui. Telah bayak kumpulan yangmengaku mewakili perempuan-perenpuan telah dengan lantang-nyamenceritakan keburukan poligami; macam-mana perempuan-perempuanteraniaya oleh poligami. Suaminya jahat – tak berperi kemanusiaan.Gila seks saja – tak pakai otak – tak bertanggung jawab. Yangsedihnya ahli-ahli politik kita juga tumpang semangkuk, nak jadichampion untuk "perempuan-perempuan teraniaya". Yang palingmenyedihkan lagi, mereka-mereka yang mengaku sebagai ahli ugama, atauyang memegang jawatan dalam jabtan-jabatan ugama juga menjadi nasitambah – Atau "loud-speaker" untuk kumpulan yang mewakili wanitatadi.Saya nak tanya, champion wanita ini – isteri ke-dua tu lelaki kah?Tidakkah mereka juga perempuan?Saya rasakan ramai juga "silence majority", termasuklah kaumperempuan, yang tidak begitu bersetuju dengan perjuangan dan ho-hakumpulan ini. Dalam satu kapal terbang, seorang kuat politikmemberitahu saya "Saya dah cakapkan kepada ahli politik yang mengakumenjadi jurucakap kumpulan anti poligami ini, Tak takut kat tuhankah –Cakap apa yang tak ada dalam nas – dan buat undang-undang sendiri –dan tafsirkan hukum Allah mengikut perasaan hati?"Analisis masa depan Saya harapkan kisah-kisah inidan idea-idea dari blog kisahpoligami ini dapat kita sebarkan kepadamasyarakat umum satu hari nanti. Mungkin kita sudah tidak ada lagi didunia ini pada masa itu. Tetapi diharapkan pemikiran kita bolehdianalisis oleh generasi akan datang di Alam Melayu Nusantara.Biarlah mereka meneliti baik buruknya. Tun Sri Lanang menulis SejarahMelayu beberapa ratus tahun yang lalu. Dia menceritakan kisah HangTuah dan rakan-rakan. Sampai hari ini kita masih membincangkansiapakah yang lebih benar di antara Hang Tuah dan Hang Jebat. Dizaman itu, zaman keagongan kesultanan Melayu, sudah semestinya HangJebat lah yang dianggap benar – "pantang anak Melayu menderhaka".Anak adalah hartaBayak ayat Quran yang yang mengumpulkan harta dan anak-anak dalamsatu kumpulan. Dalam surah At-Takaathur (Banyak berlumba) – atauyang biasa kita kenal sebagai Al-Ha "Kamu telah dilalaikan denganperlumbaan – membanyakkan harta benda dan anak-anak. Sehingga kamimasuk kubur".Pada istilah hari ini, Ini mungkin juga bermakna sesorang lelakisangat takut kehilangan anak-anak jika mereka berpoligami. Selaindaripada kehilangan harta. Seorang ahli ugama mengatakan, mengikutundang-undang yang ada di Malaysia. Apabila seseorang lelakiberkahwin beberapa kali, dia akan jatuh miskin.Dua cabaranCabaran utama suami yang berpoligami adalah bagaimana untukmemberitahu isteri pertama yang dia ada madu – Kalau tak bagi tahudia sebelum kawin lagi satu. Masalah saya, isteri pertama saya telahberulang-kali menegaskan "Kalau nak kawin lagi – ceraikan saya dulu"Saya tak nak ceraikan sapa-sapa – saya sayangkan dia. Saya juga sukaperempuan cantik, yang muda dan bergetah, lagi saya suka. Dalam filemmadu-tiga "Senangnya dalam hati, bila beristeri dua, sebagai dunia,ana yang ampunya..."Dalam kes saya, surat layang yang dihantar kepada isteri sayamembantu saya untuk menceritakan kepada isteri saya yang saya dahkawin lagi – Mungkin saya patut bagi hadiah kepada penulis suratlayang itu.Cabaran yang lagi besar, bagi saya adalah bagaimana saya hendakmenceritakan saya kawin lagi kepada anak-anak saya. Enam orang semua-nya, tiga laki-laki, tiga perempuan. Yang paling tua, perempuan dalamlingkungan 26 tahun sedang menuntut dalam jurusan perubatan di UK,dan yang ke-enam berada dalam tingkatan dua (Dalam 14 tahun) –Lelaki.Dalam lima bulan perkahwinan – saya layan isteri pertama saya sugguh-sungguh. Saya tak bermalam langsung dengan isteri ke-dua. Jumpa diasiang hari saja. Masa bulan puasa saya hantarkan isteri ke-dua kerumah ibu-bapa saya untuk berpuasa bersama mereka kerana saya inginmenjaga hati isteri pertama. Isteri pertama saya dah beri untimatum,saya atau dia.Memang setiap tahun saya berbuka dengan anak-anak saya. Lepas tuberjemaah bersama mereka. Saya jadi imam sembahyang Maghrib, Isha danTarawikh. Masa tu juga saya ajar mereka mengaji. Telah lebih 20 tahunsaya buat itu. Walaupun tahun ini hanya dua orang anak saya sahajayang masih bersama saya, saya teruskan juga.Pertemuan pertamaHanya dua kali saya balik ke rumah ibu bapa saya di Kelantan masabulan puasa-tu. Satu kali bawa tiga anak lelaki saya. Anak lelakisaya yang tua belajar di Australia. Dia balik bercuti. Yang dua lagitu masih berada bersama saya di KL. Berumur 16 dan 14 tahun.Bila diperkenalkan kepada isteri ke-dua saya di rumah ibu bapa saya,ketiga-tiga anak lelaki saya terkejut. Mereka tanya saya, Mummy dahtahu? Saya katakan dah. Mereka upset – tetapi pada hari berikutnyadari luaran mereka nampak tenang. Anak lelaki sulung saya tanya,adakah tiga adik beradik perempuan mereka dah tahu. Saya katakanbelum. Saya kata dia sebagai anak lelaki sulung saya, perludiberitahu dulu.Saya rasa lebih baik saya cakapkan secara bersemuka. Ke-tiga-tigamereka sedang belajar di luar negara. Anak lelaki saya setuju. Minggudepan dia akan pergi ke UK menemui anak sulung saya. Dia akanmenemani kakak beliau untuk bercuti di Mesir untuk beberapa hari. Diabersetuju untuk memberitahu berita ini kepada kakak dia. Saya katakanjangan bagi tau sehingga dia berdua balik daripada bercuti di Mesir.Anak lelaki saya setuju.Pada kali ke-dua saya ke rumah mak saya pada bulan puasa itu, sayaturut membawa akan perempuan ke-tiga saya. Dia sedang belajar diJakarta, juga dalam bidang kedoktoran. Baru balik bercuti. Apabiladiperkenalkan dengan isteri ke-dua saya, dia meraung sekuat-kuatnyasampai tengah malam. Ibu bapa saya pujuk, dia tak dengar. Saya pujukdia tak dengar. Dia kata dia dah tak kisah belajar. Ibu bapa sayakata kat saya, biarkan saja – diam saja. Saya katakan padanya kalaudia masih belajar, saya akan bantu seperti biasa. Kalau tak nakbelajarpun terpulang kepada dia.Lepas puasa, anak-anak saya balik meneruskan pelajaran masing-masing.Yang di Australia, balik ke Australia. Yang di Jakarta, balik keJakarta.Pada minggu-minggu berikutnya saya menerima dan membalas banyak SMSdaripada anak-anak di Edinburgh UK, Sydney dan Jakarta. Macam-macamsaya kena jawab. Nampaknya seoleh-oleh di bawah kawalan. Saya adaseorang anak perempuan lagi yang sedang menuntut bidang perubatan diUkraine. Ibu mereka, Honey, dan tiga anak-anak besar saya memintasaya tidak memberitahun dia soal ini sehingga dia habis belajar. Sayaikut permintaan mereka.Selepas isteri saya tahu yang tiga anak besar saya dah tahu. Hampirsetiap malam dia bergayut dengan telefon dengan mereka. Terutamanyadengan dua orang anak perempuan; yang di UK dan yang di Jakarta.Lepas sebulan perhubungan telefon yang berterusan di antara ibu dananak, tindakan ke-dua-dua anak perempuan saya semakin keras.Percakapan mereka semakin kasar. Bapa saya menasihati saya supayajangan buat apa-apa – Jangan lawan keras. Kalau tak setuju diam saja –jangan tegur. Wang saku saya hantar setiap bulan ke Jakarta sepertisebelumnya. Yang di UK mendapat biasiswa penuh daripada kerajaan. Diatak perlukan wang saya.Lagu ayahku kawin lagi terngiang-ngiang di telinga saya "Ayahku kawinlagi...anak-anak tak terjaga".

Hak dan bathil, betul dan salah.

Hak dan bathil, betul dan salah.

Tiga hari lepas, giliran saya bermalam di apartment isteri keduasaya. Dia tak suka nombor dua di beri kepada dia, oleh itu biar sayanamakan dia Darling. Dalam pukul empat petang saya sampai di gateapartment itu. Saya letak kereta di luar kerana saya bercadang nakbawa Darling saya dan anak perempuan kami Nur Yasmin (Lahir pada 1April 2006) keluar makan.Suami mengamukSebuah kereta, baru nak keluar daripada gate – Pemandu kereta itu,lelaki dalam umur 30an keluar daripada kereta, mengamuk-ngamuk. Matamerah seperti buah naga. Meluru pergi balik di antara tempat jaga danke kereta – Dalam jarak 10 meter sahaja. Melaung denganlantang "Anak sudah empat orang – nak lagi berzina..Depan anakpunnak berzina...Bagi anak bermain di luar tamu...berzina dalam bilik"Dia buka pintu depan kereta sebelah penumpang – tendang, terajang,pukul seorang perempuan dalam lingkungan umur 30an juga. Di tempatduduk belakang kereta saya nampak beberapa orang budak. Yang besar –lelaki dalam tahun tiga atau empat sekolah (Dalam umur 10 tahun).Lelaki terus bertempik macam hilang akal – tetapi perempuan hanyasenyap – tunduk, tutup muka cuba mengelak pukulan dan tendanganlelaki tadi. "Jaga! panggil polis, saya kena gantungpun sayasanggup..." Itu kata-kata terakhir yang saya dengar.Kemudian saya naik ke apartment. Jumpa seorang lelaki dalam umur40an. Dia tanya saya apa yang berlaku. "Saya lihat seorang lelakipukul, tendang terajang seorang perempuan yang berada dalam kereta.Saya nampak beberapa orang budak di bahagian belakang kereta. Lelakiitu memaki hamun dan bagi tau bininya berzina dalam apartment. Didepan anak-anak. Lelakitu tanya "Dia tangkap right handed ke pasangandia?" Saya kata saya tak tahu. Lelak itu kata kejap tadi seluruhapartment bising dan dia dengar orang meraung-raung minta tolong.Dalam 20 meter ke depan, dua orang perempuan tua dalam umur 50an –seorang berjalan pakai tongkat, tanya saya "Apa yang bising sangatdan meraung-raung minta tolong tadi? Saya kata saya tak tau.Hak dan bathilTeringat saya soal hak dan bathil, betul dan salah. Bagi saya hakadalah benda yang saya anggap sebagai universally benar – Telahdibenarkan oleh Pencipta – dan tidak boleh ditidakkan oleh mana-manaundang-undang yang dicipta manusia. Syarat sah nikah telahditentukan – Kalu dah sempurna jadilah perempuan itu isteri kita.Yang pertamakah, kedua, ketiga atau ke-empat. Kita tidak ada hakuntuk mempunyai isteri ke-lima pada satu masa yang sama. Mana-manamanusia, atau undang-undang tidak boleh menidakkan hak ini (Kecualiwali?). Kalu bapa yang menikahkan anak perempuan mereka – denganbersaksikan dua saksi yang sah lebih afdal. Tidak perlu ada tukangnikah? Bathil adalah apa yang disebaliknya. Sebagai contoh, kalauseorang isteri melakukan sex dengan bukan suami beliau – itu bathil.Betul salah; undang-undang yang diterima pakai pada masa itu yangmenentukan. Itupun kalu ditangkap atau menyerah diri kepada mahkamah.Dalam soal poligami saya saya telah didapati tidak betul olehmahkamah. Saya kena bayar denda. Saya tak setuju tetapi saya tetapbayar – kalau tidak masuk jail. Mungkin pada satu masa akan datangakan ada pula undang-undang yang tidak menyalahkan saya akan apa yangsaya telah buat. Di negara barat perkahwinan sejenis itu betul – dandibenarkan.Isteri mengamukDalam tiga bulan lepas saya kawin dua, jabatan saya ada satuperjumpaan di luar stesen – Bukit Tinggi di Malaysia (Dekat KualaLumpur – Dalam 30km – Cuacanya sejuk cukup nyaman). Kumpulan kamidalam 10 orang. Beberapa orang bawa keluarga. Saya diberikan satubilik – Saya bawa Darling bermalam di sana. Bagi saya itu hak saya,dia bini saya.Besuknya hebuh, perempuan mana yang saya bawa bermalam. Ketua jabatanpanggil saya, "Mereka nak tahu perempuan mana yang dibawa bermalamtadi..." Saya terangkan satu persatu, tunjuk surat nikah, gambarpernikahan, kenduri, gambar dengan keluarga perempuan, macam-macamlagi. Ketua jabatan puas hati, kawan-kawan puas hati yang saya bawatu isteri saya. Satu petang semasa di pejabat, dalam satu minggu selepas perjumpaandi Bukit Tinggi, satu menerima distress telefon daripada isteripertama saya. Saya panggil dia Honey. Katanya dia terima surat layangdaripada pegawai se pejabat saya.Malamnya selepas saya balik Honey mengamuk. Dia tanya adakah saya adaisteri lain. Saya kata ya. Katanya dia dapat surat layang yang sangatmenghina dia...Berbulan kemudian saya diberi baca surat layang itu...Surat itu dimulai dengan "Saya ni kesian dengan puan... saya nak bagitau...Haritu En. Mat bawa isteri baru ke Bukit Tinggi... Diaberbangga isterinya masih muda, masih vergin...En. Mat ni playboy...pantang tengok perempuan dahi licin...suka berpoya...berpoya-poyadengan perempuan...dara, janda...kilik perempuan, sana, sini... "Sedih sungguh saya apabila membaca surat layang tu. Di pejabat sayatanyakan kesemua daripada sepuluh orang yang bersama saya di BukitTinggi. Kawan-kawan dan pegawai pejabat. Semua tak mengaku menulissurat itu. Seterusnya saya anounce "Sesiapa yang dapat memberitahusaya, siapa yang menulis surat itu, saya akan bagi ganjaran. Merekakata apa yang nak saya buat apabila saya tahu siapa yang tulis. Sayakatakan saya nak tulis surat layang. Hantar kepada Isteri atau suamibeliau. Saya nak tulis lebih kurang sama dengan apa yang dia tulis.Semua pejabat terkejut. Janganlah En. Mat buat begitu. Kita berhentisini sajalah. Cukup anih, lepastu tidak ada satu surat layangpun.Senyap sunyi. Kalau pin jatuhpun kita boleh dengar.Dalam sebulan kemudian saya jumpa big boss saya. Dia kata, Mat, kawanbaik Mat ada cerita kat saya U kawin lagi. Macam-macam dia cerita.Panjang lebar. Saya tanya "Apa dato' kata..." Saya kata "Apa yang nakjaki ni... Kalau nak U pun kawinlah lagi satu..." Itulah muka sebenarkawan sepejabat dan kawan baik kita.Sekarang baik kepada perkara asal: Hak dan bathil, betul dan salah.Yang hak tetap hak. Tetapkan hati, tanya hati, dan buat apa yang hak.Kita akan jumpa pencipta kita di satu hari nanti. Our borrowed timeis tooo short.

Kisahku

Mukaddimah

Biar saya mulakan. Saya umur dalam 50-an dah dekat nak pencen. Sayabekerja di sebuah universiti di Malaysia. Anak saya ada enam (daripadaisteri pertama). Empat belajar di luar negara. Dua lagi masih disekolah menengah. Dalam Tiga tahun lepas saya jumpa seorang perempuanMelayu dalam lingkungan umur 35 tahun. Lepasan universiti England.Pernah kerja dengan MNC. Bertugas di Frachis, US, dan di beberapa negeridi Rantau Asia. Dan baru dua tahun balik bekerja di Malaysia. Dah jemuluar negara katanya. Dah pergi umrah (Katanya untuk berdoa,katanya "Kalau kahwin tu baik untukku, berikanlah aku jodoh"). Lepastubeliau dapat biasiswa kerajaan UK untuk sambung Master di Cambridge UK. Dahmeletakkan jawatan di Malaysia untuk sambung belajar di UK dan katanyaakan menetap di sana dan kalau ada jodoh kawin di sana. Dia tidakbanyak memilih. Saya katakan kalau dia mahu boleh jadi isteri nombordua saya. Tapi saya tak banyak duit. Kami kawin, dia hamil. Dia takmahu pergi ke UK kerana katanya takut akan keselamatan kandungan nya -15 jam flight. Sekarang dia ada anak perempuan umur 10 bulan. Nampaknyaseronok sangat dengan anak dia. Dah mengandung yang ke-dua sekarang -muntah-muntah. Katanya dia nak dua anak. Oleh kerana dia dapat FirstClass semasa belajar di UK dulu dia terus diterima untuk sambung keprogram PhD di sebuah universiti di Malaysia. Jenuh nak pujuk dia untuksambung belajar. Nampaknya dia masih tak percaya untuk tinggalkan anakdia untuk dijaga oleh orang lain. Lain kali akan saya cerita cobaan-cobaan yang saya hadapi selepas beberkahwin dua. InshaAllah.
Isteri ke-dua, mistress, part time lovers?

Di Malaysia, untuk mengambil isteri ke-dua surat permohonan untukberpoligami akan dihantar oleh pejabat ugama kepada isteri pertama.Kemudian suami dan isteri ke-dua akan dipanggil untuk memberiketerangan kepada pejabat ugama. Terpulanglan kepada pejabat ugamauntuk meluluskan permohonan ini.Cara yang ke-dua, pernikahan dijalankan di luar negara. Kemudianpernikahan ini perlu didaftarkan di Malaysia. Pernikahan ini perludidaftarkan di Malaysia kerana dua sebab; 1.Tanpa pendaftaran nikahini, nama bapatidak boleh dicatitkan ke dalam surat beranak (suratkelahiran) anak, 2.Isteri pertama boleh membuat laporan kepada mana-mana pejabat kadi di negeri-negeri Malaysia. Pejabat kadi bolehmemasukkan suami ke dalam penjara kerana kesalahan berpoligami tanpakebenaran pejabat kadi. Oleh kerana setiap negeri mempunyai pejabatkadi yang berlainan. Setengah pejabat kadi tidak begitu bersimpatidengan suami yang berpoligami tanpa kebenaran mereka.Yang anihnya, seorang lelaki tidak perlu meminta kebenaran ibu-bapamereka untuk berkahwin dengan mana-mana perempuan. Tetapi untukmengawini kali ke-dua isteri ke-dua akan dipanggil untuk memberiketerangan.Saya melaporkan perkahwinan saya di sebuah pejabat kadi di Malaysia.Oleh kerana isteri ke-dua saya masih dara, bapa beliau dipanggiluntuk memberi keterangan soal wali dan kebenaran beliau untukberkahwin dengan saya. Semuanya selesai dan perkahwinan dengan isterike-dua saya disahkan. Walau bagaimanapun saya dikenakan dua denda;1.Denda kerana bernikah di luar kawasan, 2.Poligami tanpa kebenaranpejabat kadi. Isteri ke-dua saya pula satu denda; kerana bernikah diluar kawasan mukim.Selepas semunya selesai saya pergi makan. Di restoran tersebut sayaberjumpa dengan pegawai-pegawai pejabat ugama yang telah beberapakali saya bertemu dalam menyelesaikan soal pendaftaran pernikahansaya.Seorang pegawai menceritakan, "Beberapa minggu lalu, seorang suamidan isteri pertama memberi keterangan kepada hakim mahkamah tinggi syariahatas permohonan suami untuk mengambil isteri ke-dua" Suami isteri inidalam lingkungan umur 50 tahun, berpelajaran dan professional. Katapegawai ini, isterinya memberitahu hakim bahawa dia tidak kesah jikasuaminya mengambil perempuan itu sebagai perempuan simpanan, asalkantidak menikah dan mengambilnya sebagai isteri ke-dua. Terkejut hakimtersebut. Mungkin inilah kemahuan sesetengah isteri pertama sekarang,tetapi atau kenyataan isteri pertama ini kepada hakim itu - sangatmengejutkan setiap orang di pejabat tersebut.Di Malaysia tidak rahsia lagi yang bagi kaum bukan Melayu, kebanyakan isterimereka tidak kesah samaada suaminya mempunyai perempuan simpanan atautidak – asalkan jangan bawa perempuan itu balik ke rumah. Beberapaminggu lepas, ada jamuan lunch dengan beberapa pengurus perniagaan – Saya tanyakan mereka berapa peratuskah professional kaum mereka yang berpangkat pengurus – berumur lebih kurang 45 tahun diMalaysia yang mempunyai mistress, dan yang mempunyai part-timelovers. Kata mereka mistress- 98% part time lovers 190%. Seoranglelaki mempunyai lebih daripada seorang part time lovers.Saya cuba menilai beberapa kenalan dan kawan lelaki saya dalamlingkungan baya saya – 50an. Semuanya telah berkahwin. Ada yang masihsatu bininya secara sah. Ada yang telah bercerai dan kawin lagibeberapa kali. Ada yang dua isteri. Saya ada jangkaan tetapi datamengenai peratusan part lime lovers dan perempuan simpanan masihbelum kecukupan untuk saya membuat analisis. Walau bagaimanapun,generasi saya generasi umur 50an yang kebanyakannya belajar di negarabarat. Mungkin ahli-ahli lain yang mempunyai data dan pengalaman akansoal poligami, perempuan simpanan, dan part time lovers bolehberkongsi kisah mereka.Saya juga difahamkan yang di Indonesi sangat sukar untuk berpoligami. Memandangkan ramaiperempuan cantik di Indonesia, mungkin satu kajian mengenai peratusanpoligami, mistress dan perempuan simpanan perlu juga dibuat di sana.